Friday, May 1, 2020

4 Perbezaan Emas 999 dan 916


Tentu and apernah melihat atau mendengar tentang emas 999 atau emas 916. Tetapi tahukah anda apa yang membezakan kedua dua jenis emas ini? Mari saya ceritakan perbezaan emas 916 dan 999 ini.
emas 999 dan 916


Kandungan Emas
Perbezaan yang pertama adalah dari segi kandungan di mana emas 999 mempunyai kandungan 99.9% emas dan tidak bercampur dengan bahan lain. Emas 916 mempunyai kandungan 91.6 Emas dan baki 8.4% adalah campuran besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.

Nama Lain
Emas 999 juga dikenali sebagai Emas 10 dan Emas 24 Karat. Manakala emas 916 dikenali sebagai emas 22 karat. Ni bukan karat macam yang kat besi pagar rumah tu tau.

Bentuk dan Kegunaan.
Kebiasaannya emas 999 berbentuk goldbar dan bersifat lembut. Ini menyebabkan emas jenis 999 kurang sesuai dijadikan barang kemas. Bagi emas 916 ia agak keras sedikit berbanding 999 dan sering dijadikan sebagai barang kemas. Emas jenis ini sangat popular dikalangan peminat emas di Malaysia.

Harga
Harga emas 999 adalah lebih tinggi berbanding emas 916 kerana emas 999 tiada campuran bahan lain (Pure). Jika anda ingin membeli emas, pastikan dapat barang beserta resit. Jika tidak anda mungkin boleh didakwa atas tuduhan memiliki barang curi

Semoga info yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk semua. Jika anda berminat untuk mendapatkan Emas dalam bentuk goldbar dan barang kemas. Klik Link wassap di bawah untuk respon pantas:





No comments:

Post a Comment

Serpihan Emas Papadom

Tahukah anda papadom dan mini papadom yang kami hasilkan itu menggunakan GOLD BAR PAMP SUISSE 50gram @ 100gram..kami hanya menggunakan emas...