Saturday, April 25, 2020

3 Kelebihan Simpan Emas 1 Gram

Mungkin ramai yang pernah melihat produk Gold Bar yang bersaiz kecil yang hanya seberat 0.5 gm atau 1 gm. Bagi yang ingin memulakan simpanan emas, berat yang kecil ini sangat sesuai kerana hanya memerlukan modal yang kecil berbanding berat yang lebih besar. Sebagai contoh, ketika artikel ini ditulis sewaktu wabk covid 19 melanda negara, harga emas adalah sekitar RM280/ gram. 


Gold Bar 1 Gram Dante - Collapse Edition

Selain itu, dengan modal yang rendah ini akan membuatkan anda konsisten untuk menyimpan emas setiap bulan. Sedikit sedikit, lama lama pasti menjadi bukit. Yang penting, beli emas, biar emas dapat disimpan dalam tangan. Berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menyimpan emas, dengan memiliki simpanan emas, akan mendorong saya untuk membeli emas lagi pada bulan berikutnya. Itulah yang dikatakan aura dalam memiliki emas. Suatu  perasaan yang sukar digambarkan. Hanya penyimpan emas yang tau. Tak percaya? Cubalah beli 1 gram emas hari ini. 

Disini saya kongsikan 3 kelebihan membeli emas 1 gram.

3 Kelebihan Simpan Gold Bar 1 Gram 

#1 Modal Rendah akan Memupuk Tabiat Menyimpan Yang Konsisten
Tabiat menyimpan adalah tabiat orang kaya. Ia bukan seberapa banyak pendapatan yang anda dapat, tapi seberapa banyak yang anda simpan. Salah satu ciri seorang yang kaya adalah menyimpan. Biar sedikit janji berdisiplin. Dengan menyimpan emas, kita dapat didik diri untuk menjadi lebih disiplin.
#2 Emas Kalis Inflasi
Emas bersifat kalis inflasi. Tahukah anda, Tun Dr Mahathir adalah antara pemimpin yang aktif mempromosikan penggunaan DInar Emas, kerana Emas kalis terhadap inflasi. Sebagai contoh, Nilai emas pada zaman nabi 1 dinar boleh beli seekor kambing, hari ini 1 dinar emas bernilai RM700-800 juga boleh beli seekor kambing. Simple kan calculation Emas. 
#3 Simpan Emas Elak Kebocoran
Bila kita convert duit jadi emas fizikal, agak lambat untuk kita cairkan emas tu, sebab kita kene pegi kedai emas atau pajak gadai untuk dapat balik duit. Dengan banyaknya prosedur simpanan emas kita akan secure dan susah nak guna emas untuk berfoya foya. Kita hanya akan gadaikan emas jika betul betul ada keperluan yang mendesak. Hanya penyimpan emas yang faham perasaan ni.

Bagaimana Nak Simpan Emas Setiap Bulan?

Untuk memulakan simpanan emas, simpanlah dengan nilai yang kecil dan konsisten. Kalau ada modal besar boleh beli gram yang lebih besar. Bagi yang bermodal sederhana. Saya cadangkan anda beli gold bar 1 gm setiap bulan. Nasihat saya kalau beli emas, make sure dapat emas fizikal kat tangan. Elakkan masuk program emas yang mengarut kalau tak nak kene tipu dengan scammer. Saya pernah kena tipu dengan program emas. Saya tak nak anda jadi mangsa macam saya. Jual beli emas ni simple. Bayar duit, dapat emas. Jangan susah susah sangat. Nanti anda yang susah. Dan konsep beli emas ini adalah untuk simpanan. Bukan pelaburan cepat kaya. Jangan tamak tau. 
Koperasi Dante ada menawarkan  emas 1 gram iaitu Gold Bar - Collapse edition. Emas jenis 99.9 ini sangat sesuai dan eksklusif bagi yang ingin memulakan niat untuk menyimpan emas.


Jika anda berminat untuk mendapatkan Emas Songket yang sangat ekslusif ini Klik Link wassap di bawah untuk respon pantas:





No comments:

Post a Comment

Serpihan Emas Papadom

Tahukah anda papadom dan mini papadom yang kami hasilkan itu menggunakan GOLD BAR PAMP SUISSE 50gram @ 100gram..kami hanya menggunakan emas...